Laman Utama

Majalah Pengurusan Melayu

Majalah Pengurusan Melayu
"Menzahir Leluhur Budi, Mencorak Pengurusan Al-Amin"

Friday, October 8, 2010

SUMBER PENGURUSAN MELAYU

Sumber merujuk kepada punca asal yang membina pengurusan MELAYU. MELAYU dan ISLAM tidak dapat dipisahkan, sehingga MELAYU bernegara moden pada hari ini meletakkan ISLAM sebagai AGAMA ISLAM sebagai AGAMA NEGARANYA. Namun atas prisip ISLAM tidak memaksa berakidah yang lain seperti mereka melainkan tanggungjawab dakwah tetap diteruskan, MEREKA hidup dengan aman dengan masyarakat lain dengan asas pegangan itu.

SUMBER PENGURUSAN MELAYU adalah pada ADAT MEREKA. Namun, melaui ADAT itu perlu disungkai bahawa, SUMBER terasnya adalah KITABULLAH. Melalui bidalan MELAYU yang berbunyi, ADAT BERSENDI SYARIAT, SYARIAT BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH.

Dari situlah, bermulanya sebuah PENGURUSAN MELAYU yang luhur berbudi dan beradab sopan. Sehinggakan mereka berbidalan, 'Biar mati anak, jangan mati adat'.

KITABULLAH menjadikan MELAYU celik mata fikir dan celik mata hatinya. MELAYU akan sentiasa merungkai apa yang TERSURAT dan apa pula yang TERSIRAT atas setiap sesuatu.

MENGAJI AL-QURAN atau KITABULLAH adalah asas kepada kehidupan mereka. Sejak dari kecil lagi MELAYU akan memastikan anak-anak mereka mendampingi AL-QURAN. Selain itu, mereka berdikir MARHABAN atau BERZANJI untuk merapatkan diri kepada UTUSAN ALLAH atau RASULULLAH MUHAMMAD .S.AW dalam penuh berseni.

MELAYU hatinya halus, fikirnya bijak, mencerap alam dengan penuh teliti dan pengahayatan, sehinggakan mereka membina bidalan dari hal alam semesta membentuk pekerti budi mulia dan tercerna dalam PENGURUSAN MELAYU itu sendiri.

Antara bidalan PENGURUSAN KONFLIK MELAYU misalnya, 'Biduk berlalu, kiambang bertaut'.

Biduk adalah sampan kecil yang digunakan sebagai kenderaan meredah perjalanan air tasik atau sungai yang tenang oleh MELAYU suatu ketika dahulu.

Kiambang pula adalah sejenis hidupan yang tumbuh tampak di permukaan air yang akarnya menjalar ke dasar air mencengkam ke tanah. MELAYU sangat teliti dalam mencerap pemerhatiannya rerhadap ALAM CIPTAAN ALLAH yang terbentang luas, lebih-lebih lagi kepada apa yang dilaluli oleh MELAYU dalam kehidupannya.

Melalui pemerhatian dan penghayatannya pada alam itu, maka mereka membina bidalan yang bersesuaian dengan runtin dan permasalahan harian mereka. Keadaannya KAMBANG itu apabila berlalunya mereka dalam kelompok hidupan tumbuhan itu dengan menaiki biduk, mengenepi ianya, setelah berlalu, KIAMBANG bertaut kembali.

Hasilnya keadaan sama dengan PERMASALAHAN dalam kehidupan mereka, apabila ianya seolah sama dengan prihal hidup mereka, bidalan ini lahir dalam menjadi cerapan mereka juga dari KITABULLAH.

KITABULLAH menyatakan;

Surah Al-Hujurat, Ayat 9;

Maknanya: "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Surah Al-Hujurat, Ayat 10;

Maknaya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Bidalan yang sangat berkaitrapat lagi dalam hal ini, MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, TEPUNG TIDAK BERSELERAK, RAMBUT TIDAK PUTUS...

Oleh yang demikian, ADAT BERSENDI SYARIAT, SYARIAT BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH perlu dihayati jika kita ingin berbicara akan SUMBER PENGURUSAN MELAYU.

....bersambung...

PRINSIP PENGURUSAN MELAYU

...sambungan

AMANAHNYA MELAYU kerana bersendi akan aqidahnya yang luhur, mengenal betapa Tuhannya ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Prinsip ini di bawa ke mana sekalipun. Lantaran di hati dan ingatan MELAYU kepada Tuhannya yang sentiasa berjaga tidak tidur, mengetahui sama ada dia dikhlayak mahupun ketika bersembunyi dari orang lain.

Oleh kerana itu, MELAYU tidak akan sekali-kali menyeleweng akan amanah yang diberkan kepadanya.

Prinsip MELAYU dalam hal AMANAH kerahsiaan misalnya menyebut, 'Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut'. 'Jika kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji'.

TEKUNYA MELAYU dalam melaksanakan kerja berasaskan Sabda Nabi, kerana pesan Baginda agar bila melakukan sesuatu pekerjaan maka hendaklah bersungguh-sungguh dan tekun. Lantaran itu, berkatalah dengan susunan kata yang bistari, 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan', 'menggengam bara api, biar sampai jadi abu'.

MUAFAKATNYA MELAYU sampai jadi berkat. Bersendi Fiman Allah, bertolongan itu dalam hal-hal baik, bukan pada hal-hal yang membawa kejahatan dan kekejian, MELAYU berbistari dengan, 'Bula air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat'. BERBINCANGLAH MELAYU dalam hal yang ingin diputuskan dengan penuh teliti dalam segala hal bagai 'Menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus.'

....bersambung....

Thursday, October 7, 2010

PENGURUSAN MASA MELAYU

Adapun PENGURUSAN MASA MELAYU itu bersendi syariat. Teringat alunan kata dalam DIKIR MARHABAN, "Ya! Allah Ya! Tuhanku, Nabi Muhammad Penghuluku, Kitab Quran Tok Imamku, Kabaitullah Qiblatku...". Begitulah susun hidup MELAYU sehingga dalam mengurus masa, mereka menatang akan tunjang itu.

Penghayatan itu, lahirlah kata bijak dan berpribahasa, 'Jika kerbau dipegang pada tali, jika manusia dipegang kepada janji', diiring pula pantun budi, 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri'. Dari situ, terbinalah leluhur pengurusan masa MELAYU bersendi FIRMAN, SABDA dan Kata Bistari getus ilham umat bangsa ini.

Teringan ikat janji bertemu MELAYU itu, terikat tersangat dengan sendi masa solat. Pertemuannya selalu disebut akan waktu-waktu solat itu. Misalnya, kenduri itu selepas Asar. Bacaan Yasin dan Tahlil itu selepas Maghrib dan begitulah selanjutnya, arwahnya itu meninggal selepas Zohor...

Ikat ini menjadikan MELAYU itu tepaut hatinya kepada hati sesebuah masyarakatnya iaitu MASJID. Masjid menjadi pertemuan jemaah dan membina jaringan pengurusan masa MELAYU.

Begitulah jua akan indahnya mengurusan masa MELAYU bertaut rapat dengan hukum alam jagat, serasi dengan malam dan siang, pagi dan petang, gerakan bumi pada galaksi dijadi sendi kerna dek mengamal akan perintah PENTADBIR ALAM JAGAT.

Penghayatan itu, lahirlah kata bijak dan berpribahasa, 'Jika kerbau dipegang pada tali, jika manusia dipegang kepada janji', diiring pula pantun budi, 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri'. Dari situ, terbinalah leluhur pengurusan masa MELAYU bersendi FIRMAN, SABDA dan Kata Bistari getus ilham umat bangsa ini.

PERSEPSI PENGURUSAN MELAYU

PERSEPSI PENGURUSAN MELAYU

Pengurusan bukan satu perkatan mengadungi aspek ilmu dan penghayatan yang kecil, ianya meliputi huraian yang luas segenap kehidupan dan pandangan terhadap semesta alam. Penghayatan tentangnya sangat mendalam. Sementelah kesan anutan agama suci ISLAM oleh bangsa ini menjadikan ianya asas terhadap terbinanya satu zahiran pengurusan berpaksi kepercayaan kepada Pencipta alam jagat ini.

MELAYU, memulakan pandangan mereka terhadap pengurusan itu amat teliti dan berpandukan Al-Quran yang menjelaskan tentang satu tadbiran menjangkau yang nyata dan yang ghaib. Lantas mereka mengetahui tentang apa yang telah berlalu, sedang berlaku dan yang akan berlaku.

MELAYU, melalui Al-Quran yang hadirnya dalam hidup Melayu bukan sekadar dibaca, namun ianya digelar dengan perkataan 'mengaji' dengan pasti meletakkan pembacaan bersama penghayatan dan pengkajian terhadap apa yang dibaca.

ANAK-ANAK MELAYU diurus sejak kecil, mesti 'mengaji' Al-Quran keran ianya satu ajaran berasas sendi syarak dan telah menjadi budaya dan adat resam MELAYU itu sendiri. Adalah menjadi amat janggal jika seorang MELAYU jika dia tidak pernah melalui proses itu.

Lantaran Al-Quran menjadi panduan, MELAYU memahami akan alam ini sejak mula ianya dijadikan, di mana dan keadaan mereka sekarang dan ke mana destinasi alam dan kehidupan mereka selepas ini.

Oleh yang demikian, pengurusan MELAYU adalah mengikut bingkai yang telah menjadi kepercayaan mereka itu.

Sejak alam janin atau dalam kandungan ibu, lahir, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan meninggal dunia, semuanya tertakluk kepada Pengurusan dalam kehidupan Melayu. Jesteru itu, Melayu mempunyai model ikutan iaitu Muhammad s.a.w yang telah menjadi sendi dalam kehidupan mereka.

Dalam aspek kekeluargan, MELAYU ada kaedah dan adat resam pengurusan mereka yang tersendiri, berhubung kemasyarakatan pun begitu, berdagang seterusnya dalam hubungan antarabangsa.

Seluas yang diperhati dan dibicarakan MELAYU ada pengurusannya dalam segenap kehidupan, antara lain yang boleh disebutkan di sini;

  • Pengurusan Diri Melayu
  • Pengurusan Keluarga Melayu
  • Pengurusan Masyarakat Melayu
  • Pengurusan Negara Melayu
  • Pengurusan Kenduri Melayu
  • Pengurusan Konflik Melayu
  • Pengurusan Stress Melayu
  • Pengurusan Jenazah Melayu
  • Pengurusan Perkahwinan Melayu
  • Pengurusan Anak-Anak Melayu

Dan pelbagai lagi yangmana insyaAllah akan diselami dengan lebih mendalam dalam coretan MAJALAH PENGURUSAN MELAYU ini. Amin.


"MELAYU, memulakan pandangan mereka terhadap pengurusan itu amat teliti dan berpandukan Al-Quran yang menjelaskan tentang satu tadbiran menjangkau yang nyata dan yang ghaib. Lantas mereka mengetahui tentang apa yang telah berlalu, sedang berlaku dan yang akan berlaku."

PRINSIP PENGURUSAN MELAYU

MELAYU, sangat rapat dengan agama Islam, bagai isi dengan kuku, bagai aur dan tebing, bagai irama dan lagu. Mendasari akan ISLAM setiap leluhur pengurusannya, menjadikan tindakan yang amat bersopan. Lantaran itu, prisip yang dipegang dalam mengurus adalah didasari oleh Islam sehingga dikatakan ADAT BERSENDI SYARIAT.

Jauh dari itu, leluhur kesucian AQIDAH yang menjadi tunjang kepada prihal pengurusan mereka menjadikan perlaksanaan Iman, Islam dan Ehsan tidak bercerai tanggal dalam menzahirkan pengurusan ini.

Kemunian pengurusan MELAYU lahir dari Aqidah yang meletakkan bahawa ALLAH adalah Tuhan yang layak disembah, Muhammad s.a.w itu utusan ALLAH dalam memberi tauladan manusiawi yang lengkap dan sempurna, MELAYU meletakkan AQIDAH suci sebagai asas kepada semua tindakan termasuk prihal mengurus.

KETAUHIDAN kepada Pencipta dengan berbekan keyakinan yang melingkar dalam mata hati dan mata fikir, meletakkan dan membenarkan segala KESAAN menjadikan MELAYU itu berprinsip dengan nilai-nilai mulia dan bertepatan dengan kehendak YANG MAHA MENGETAHUI lagi MAHA BIJAKSANA.

MELAYU tahu akan PENCIPTA itu WUJUD, wujud dengan meliputi dan sebenar-benar wujud. Tiada cacat dan celanya akan Pencipta itu. Yang mencipta sekelian yang di langit dan di bumi. Yang juga mentadbir sekelian Alam.

Dengan Haqqul Yakin terhadap tadbiran Yang Maha Wujud, maka hilang dari jiwa MELAYU itu akan PUTUS ASA, sentiasa berikhtiar kerana MELAYU berkeyakinan benar akan Pencipta dan Pentadbir alam sekeliannya adalah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


....bersambung...

Wednesday, October 6, 2010

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana menizin untuk saya memulakan idea ini.

Cetusan Majalah Pengurusan Melayu (MPM) bermula dengan bilamana saya bersama rakan-rakan facebook mencurahkan idea tentang amalan budaya bangsa Melayu yang indah, tiba-tiba hadir percambahan ini yang menampakkan skop penghuraian agak searus zaman yang banyak diperbincangkan dan membawa pemikiran lebih hampir kepada mencorak cara hidup.

Spesifikasi amalan keseluruhan budi sopan Melayu tanpa disedari bahawa ianya mencorak gaya dalam pengurusan mereka. Lantas jiwa yang luhur dan murni, warisan 'Al-Amin' atau yang amanah dan jujur yang menjadi panggilan kepada Rasululllah s.a.w menyerap masuk ke dalam bangsa ini, hasil menggalas tanggungjawab besar anugera Ilahi kepada penyebaran dan mewaris ISLAM di Nusantara.

Blog ini akan cuba mencetus pemikiran itu dan akan mempamer betapa tanpa disedari leluhur budi itu sebenarnya yang mencipta satu seni pengurusan yang mungkin boleh dikongsi seantero dunia.

Semoga kesinambungan penghasilan idea ini terus dianugerahi dalam secebis ikhtiar ini.

Salam Perkenalan buat semua,
Moderator Idea dan Blog,
Majalah Pengurusan Melayu.
28 Syawal 1431h/07 Oktober 2010m.